Proton Lancar Persona, Saga Baharu Di Brunei

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAD Motors Sdn Bhd, pengedar utama Proton Holdings Bhd di Brunei, melancarkan Proton Persona 1.6L baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga untuk jualan pada minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata beliau gembira apabila Persona dan Saga baharu itu, yang meraih sambutan baik di Malaysia, turut menarik minat pengguna di Brunei.

"Persona dan Saga direka bentuk dengan baik, mempunyai nilai terbaik untuk kereta - kemampuan, keselamatan dan lengkap dengan ciri-ciri praktikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Beliau berkata, pengguna Brunei merupakan yang pertama, di luar Malaysia, mengalami pengalaman kereta buatan Malaysia.

Model Persona dan Saga baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang terbaik serta menerima penarafan Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) masing-masing lima bintang dan empat bintang.

Kereta tersebut kini tersedia untuk pandu uji dan tempahan di semua outlet Proton di Brunei. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Proton

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan