Michael Chan Dilantik CEO MYTV

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasting Sdn Bhd pada Rabu mengumumkan pelantikan Michael Chan sebagi Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, berkuat kuasa 1 Februari 2017.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Hasnul Hassan yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Januari 2017, demikian menurut satu kenyataan MYTV seperti dilaporkan Bernama.

Chan, 47, yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam industri penyiaran dan telekomunikasi, memegang pelbagai jawatan utama dalam bidang pemasaran dan pengurusan.

Sebelum menyertai MYTV, Chan ialah CEO Bloomberg TV di Malaysia.

Rantaian Chan, profesional veteran dalam industri itu, melepasi Malaysia dan merupakan individu penting yang menubuhkan dan melancarkan pelbagai perkhidmatan media.

Semasa di Maxis, beliau dengan jayanya melancarkan beberapa acara pemasaran sukan berprofil tinggi, bekerja rapat dengan FIFA untuk Piala Dunia, dan FAPL bagi Liga Premier Barclays.

Beliau juga mengurus usaha sama dan pakatan global dengan konglomerat antarabangsa termasuk Apple, Motorola dan Microsoft.

MYTV dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi membangunkan dan mengurus infrastruktur dan kemudiahan rangkaian perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital (DTT) di Malaysia bagi memindahkan sistem penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2018.

Perkhidmatan DTT MYTV kini meliputi kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk padat di negara ini, dan akan ditingkatkan kepada 98 peratus menjelang 2018.

Tags / Kata Kunci: MYTV , Michael Chan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan