Ambang Perintis Sasar Pengeluaran 6 Juta Biji Kelapa Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 8:01 PM

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) melihat dengan lebih dekat jenis pokok kelapa pandan yang lebat berbuah semasa melawat ladang kelapa yang diusahakan Syarikat Ambang Perintis Sdn Bhd di Kampung Kerpal, Selasa. Turut mengiringi baginda, pengarah bersama syarikat berkenaan, Datuk Dr Abd Wahid Abd Manaf (kanan). Ladang kelapa jenis mawar, pandan dan matag yang berkeluasan 404 hektar itu merupakan yang terbesar di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Pemilik ladang kelapa terbesar di Malaysia, Ambang Perintis Sdn Bhd menyasarkan pengeluaran enam juta biji kelapa tahun ini dari Ladang Kelapa Ambang di Kampung Kerpal, dekat sini.

Pengarah bersama syarikat, Datuk Abd Wahid Abd Manap berkata jangkaan itu dibuat memandangkan semua 404 hektar kawasan tanah di ladang itu yang melibatkan tiga jenis kelapa iaitu kelapa pandan, kelapa mawar dan kelapa matag dijangka mengeluarkan hasil tahun ini.

"Dua tahun lalu, hanya 202 hektar kawasan tanaman kelapa ini telah mengeluarkan hasil dengan produktiviti tahunan semasa sebanyak tiga juta biji," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. 

Abd Wahid berkata demikian selepas sesi taklimat kepada Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang disertai Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan. 

Menurutnya, projek penanaman kelapa itu dimulakan pada 2009 di bawah konsep Sewa Pajak 25 tahun + 25 tahun dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan hasil pertama dituai selepas empat tahun.

Beliau berkata setakat ini, produk ladang itu adalah untuk pasaran tempatan dan selain diminum, airnya juga diproses menjadi produk premium seperti kelapa muda proses dan jeli kelapa. 

"Kelapa yang paling mendapat permintaan ialah kelapa pandan yang digemari kerana aromanya yang wangi jika diminum begitu sahaja, diikuti kelapa mawar dan kelapa mataq. 

"Harga jualan ladang ialah sekitar RM1.50 sehingga RM1.30 sebiji dan harga ini boleh meningkat kepada RM3.50 hingga RM5 sebiji di restoran atau di pasar raya di bandar utama negara," katanya. 

Abd Wahid menambah pokok kelapa di ladang itu merupakan jenis hibrid yang memudahkan kerja-kerja memungut hasil, namun syarikat itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan benih bagi kelapa mawar dan matag. 

"Hanya bekalan benih hibrid kelapa pandan sahaja mudah diperoleh menyebabkan kami mengeluarkan benih sendiri bagi kelapa mawar dan kelapa matag," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan penduduk setempat dengan memberi benih kelapa untuk diusahakan di tanah mereka sebelum hasil dijual semula kepada syarikat itu.

"Ini membantu meningkatkan jumlah produktiviti syarikat dan dalam masa sama meningkatkan pendapatan mereka," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ambang Perintis , Kampung Kerpal , kelapa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan