Dagangan Malaysia-China Cecah RM170.6 Bilion Antara Januari-September

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dagangan dua hala antara Malaysia-China mencecah RM170.6 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Lee Chee Leong berkata daripada jumlah itu, produk siap menyumbang RM154.7 bilion, diikuti produk pertanian (RM9.2 bilion) dan mineral (RM6 bilion).

"Dalam tempoh yang sama, import Malaysia dari China meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM102.7 bilion," katanya.

Eksport bagaimanapun susut 8.5 peratus kepada RM67.9 bilion.

Chee Leong berkata, eksport yang lemah dalam barangan elektrik dan elektronik, serta permintaan yang lebih rendah ke atas komoditi seperti minyak sawit, gas asli cecair dan getah asli, berpunca daripada kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Perdagangan Ekonomi dan pelaburan Malaysia-China (Dezhou), di sini Rabu.

Tags / Kata Kunci: Lee Chee Leong , China

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan