Mydin Buka Cawangan Ke-24 Di Sungai Petani

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 3:49 PM

Pengarah Urusan Imam Ikhlas (M) Sdn Bhd, Datuk Dr Saduruddin Gulam Husen (memegang gunting) memotong reben bagi menandakan perasmian Mydin Taman Batik di Sungai Petani, Kedah. Turut hadir Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Murad Ali Mydin (depan, lima dari kanan), Pengarah Eksekutif Imam Ikhlas (M) Sdn Bhd Azmin Saduruddin (depan: enam dari kanan) dan pengurusan kanan syarikat. Star Pic oleh ASRI ABDUL GHANI

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Cawangan pasar raya besar Mydin yang ke-24 dan kedua di negeri ini, di Taman Batik dekat sini, mampu memenuhi keperluan harian kira-kira 500,000 penduduk di daerah ini.

Pengarah Pasar Raya Besar Borong Mydin Azmin Saduruddin berkata, pembukaan cawangan baharu itu melibatkan pelaburan sebanyak RM73 juta, dibina di tapak seluas 133,284 kaki persegi dan menyediakan 432 lot tempat letak kenderaan termasuk untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya kemudahan lain yang disediakan ialah perkhidmatan Wi-fi, surau, perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan medan selera.

"Kita sedar situasi ekonomi sekarang agak sukar. Kita perlu lebih berhati-hati dalam perkara yang dilakukan tetapi pada masa sama, kita perlu bergerak ke hadapan untuk kekal bersaing.

"Pasar raya ini turut memasarkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mana peruncit dan pengusaha kedai boleh mendapatkan produk KR1M secara borong untuk dijual di premis masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pasar raya Mydin Taman Batik dekat sini, Jumaat.

Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin. Turut hadir Pengarah Urusan Iman Ikhlas (M) Sdn Bhd, Datuk Dr Saduruddin Gulam Husein.

Azmin berkata Mydin turut merancang untuk membuka tujuh lagi cawangan baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun, termasuk satu cawangan yang akan dibuka pada tahun ini, di City One, Sarawak.

"Cawangan lain di Vista Tunku, Sarawak; Jengka, Pahang; Mutiara Rini, Johor; Tunjung, Kota Bharu, Kelantan dan Sejati Utama, Sabah, dijangka dibuka pada tahun depan.

"Cawangan ketiga di Kedah di Mergong, Alor Setar, pula dijangka dibuka menjelang 2018," katanya.-- Bernama 

 

Tags / Kata Kunci: Mydin , Sungai Petani

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan