Perodua Jual 150,900 Kereta Bagi Sembilan Bulan Pertama 2016

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 150,900 unit kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijual bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini iaitu penguasaan kira-kira 36.1 peratus jumlah jualan kenderaan (TIV) susulan pelancaran model terbaharu Perodua Bezza.

Angka itu bagaimanapun lebih rendah berbanding 157,500 unit bagi tempoh sama, tahun lepas.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Perodua berkata sebanyak 20,000 unit Bezza didaftarkan sejak pelancaran pada 21 Julai lepas iaitu penyerahan tertinggi model baharu dalam tempoh 90 hari syarikat itu.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bagi perbandingan tahun ke tahun, syarikat itu yakin dapat mengurangkan jurang defisit jualan sebanyak 4.2 peratus ketika ini.

Bagi suku ketiga tahun ini, Perodua menjual sebanyak 45,300 unit kereta, susut 7.5 peratus berbanding 49,000 unit pada tempoh sama tahun lepas.

"Kami percaya suku keempat tahun ini akan terus mencabar berikutan keadaan ekonomi semasa serta aktiviti jualan oleh pesaing," kata Aminar.

Perodua mengeluarkan sebanyak 153,700 unit kenderaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sembilan peratus lebih rendah berbanding 168,300 kenderaan bagi tempoh sama tahun lepas yang turut menggambarkan kelemahan pasaran semasa.

Menurut syarikat itu, ia mencatat 1.51 juta bagi perkhidmatan selepas jualan di 201 pusat servisnya di seluruh negara bagi Januari hingga September 2016 berbanding 1.45 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Aminar berkata, sebagai persiapan menghadapi cabaran semasa, Perodua turut mengetengahkan beberapa inisiatif utama bagi menjana jualan pada suku keempat 2016.

Ini termasuk pertandingan 'Pandu Uji dan Menang' yang menawarkan hadiahs ebuah kereta Perodua Bezza Advance serta peluang percutian ke China, katanya.

Selain itu, ganjaran penjimatan turut ditawarkan bagi model Perodua terpilih bagi bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Perodua , Bezza

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan