suria

Salt, Font Jalin Usaha Sama Bantu Perniagaan Malaysia Berkembang Dalam Era Digital

KUALA LUMPUR: Salt, perunding pengambilan digital global terkemuka, menjalin kerjasama dengan perekrut pakar pemasaran, font, bagi membantu perniagaan Malaysia menyesuaikan diri kepada landskap digital yang pesat berkembang.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Salt berkata kerjasama itu akan mengukuhkan penawaran teknologi dan digital font di Malaysia serta menyediakan akses pelanggan kepada bakat pakar dari seluruh dunia.

Ia berkata Salt telah memperoleh kepentingan dalam font, perekrut pemasaran, kreatif dan digital yang berpangkalan di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan New Zealand.

Salt berkata bagi membuat transformasi dalam negara, ia telah melantik Bryan Corke sebagai Pengarah Negara, Malaysia.

Corke mempunyai pengalaman 20 tahun dalam pengambilan dan mempunyai pengetahuan luas dalam industri di Malaysia dan Asia Tenggara.

"Syarikat di Malaysia dan di seluruh dunia sedang menghadapi gangguan digital lengkap - yang melampaui peranan teknologi dan ke dalam semua bidang perniagaan.

"Perkongsian font dengan Salt membolehkan kami mengukuhkan lagi set kemahiran dalam firma tempatan, dan kerja-kerja dengan bakat tempatan untuk menyesuaikan diri dalam pekerjaan yang terus berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Salt Asia Pasifik Jacqui Barratt.

Artikel Lain