MOA Sambut Baik Saranan MOF Tingkat Hasil Daging Lembu

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyambut baik saranan dan cadangan supaya penghasilan daging lembu dan ternakan dipertingkatkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap daging import.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bagi mencapai tujuan itu , kajian terperinci akan dibuat dan berharap mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

"Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan II tentang minat dan pandangan beliau bahawa kita perlu membangunkan sektor ternakan terutama sekali lembu dan kambing supaya negara kita cukup.

"Memang kita berasa sekarang ini kebergantungan kita kepada daging import ...apabila nilai mata wang kita jatuh ia menyebabkan kos segala-galanya naik bukan sahaja kos lembu yang diimport tetapi makanan ternakan kita juga diimport hingga menyebabkan kos imput bagi pernternakan juga naik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada pemberita bagi mengulas saranan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berhubung perkara itu, selepas Program Korban anjuran Jawatankuasa Masjid Geliga di sini pada Khamis.

Pada Isnin, Johari menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan MOA bagi merangka rancangan jangka panjang untuk meningkatkan penghasilan ternakan memandangkan ianya dilihat mampu membantu menstabilkan ekonomi negara kerana mendapat permintaan tinggi setiap tahun.

Kata Ahmad Shabery, usaha untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import sedang dilakukan dan memakan masa yang agak panjang memandangkan ianya melibatkan banyak perkara termasuk pembakaan, komitmen kewangan, kawasan padang ragut dan teknologi sistem makanan.

"Ianya tak boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat tetapi memerlukan proses pembangunan yang mengambil masa dan kita juga perlukan program yang lebih mantap dan lebih jitu melibatkan kementerian, kerajaan-kerajaan negeri dan juga pakar-pakar, bukan sahaja pakar ternakan tetapi berkaitan tapi juga pakar ekonomi dan sebagainya. 

Saya percaya pada suatu masa nanti kita akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi lagi dalam membekalkan keperluan daging sendiri," katanya.

Ahmad Shabery berkata bagi mencapai mencapai hasrat tersebut, apa yang lebih penting adalah untuk membina sistem makanan ternakan bagi memastikan negara juga tidak bergantung kepada makanan ternakan yang diimport.

"Kita belum mempunyai kepakaran yang cukup untuk menghasilkan makanan untuk ternakan sebab itu dalam dasar pertanian yang akan kita bina, kita akan lihat apakah dasar yang terbaik bagi membangunkan sistem makanan ternakan sebab kalau ternakan sahaja tak cukup jika makanan terpaksa diimport dan bergantung kepada luar.

"Kalau kita ada satu sistem makanan, kita juga memerlukan satu kawasan tanah yang luas...kerajaan negeri mana yang boleh mengezonkan seluruh kawasan itu hanya untuk tanaman jagung, tanaman Rumput Napier, rumput-rumput untuk ragut dan sebagainya. Siapa yang boleh buat? Itu juga memerlukan perbincangan, penyelidikan dan persetujuan banyak pihak," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) dalam usaha untuk membantu golongan penternak bagi mengurangkan kos input pertanian.

"Penternak merupakan pejuang yang perlu kita lihat, mereka menyediakan keperluan dan mereka berhadapan dengan naik turun mata wang kesan daripada harga naik, input yang tinggi dan sebagainya.

Sebab itu saya akan berbincang dengan pihak kementerian kewangan bagaimana untuk mengurangkan kos input pertanian, termasuk makanan dan kalau kita nak tanam rumput yang tertentu dan sebagainya menelan kos baja, kos biji benih dan ini mungkin boleh dikurangkan kalau ianya melibatkan perkara bersifat fiskal dan percukaiannya," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MOA , MOF

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan