Dua Projek Rumah Pejabat I-Bhd Catat Ambilan 100 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 7:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemaju induk i-City, I-Bhd, telah mencatat kadar ambilan 100 peratus untuk dua projek suite rumah pejabat dengan terjualnya baki unit-unit sedia ada di i-Suite dan i-SoHo.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Chester Properties hari ini membeli baki 30 unit i-SoHo dan 120 unit i-Suite di i-City yang terletak dalam jarak lima minit berjalan kaki ke pusat membeli-belah Central i-City yang dijangka dibuka pada 2018.

Katanya, i-SoHo terdiri daripada 925 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM438 juta, dijadualkan untuk penyerahan pada akhir 2016, manakala 825 unit i-Suite yang memiliki nilai pembangunan kasar berjumlah RM448 juta akan bersedia untuk pemilikan kosong menjelang pertengahan tahun 2017. 

Dua projek lain di i-City, iaitu i-Residence (346 unit kediaman dan 20 vila-vila eksklusif dupleks-tripleks) serta i-SoVo (220 pejabat kecil serba guna), masing-masing turut habis dijual sebelum penyerahan pada 2015 dan 2016.

Pengarah I-Bhd, Monica Ong berkata dengan permintaan yang kukuh untuk hartanahnya, syarikat itu dijangka merekodkan pertumbuhan jualan untuk beberapa tahun akan datang. 

"Kami melihat pasaran masih cukup kuat untuk kami bergerak ke hadapan selepas kami mencatatkan kadar ambilan yang positif bagi Menara Hyde yang dilancarkan baru-baru," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: I-Bhd , i-SoHo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan