CIMB, CGC Meterai MoU Cecah RM750 Juta Untuk PKS

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menambah RM750 juta lagi kepada RM250 juta sedia ada Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL), sebagai sebahagian daripada inisiatif bersama untuk memupuk dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Perjanjian itu untuk tiga tahun dan transye pertama RM100 juta dijangka dibayar sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan, Kumpulan CIMB, Renzo Viegas.

"Kadar pertumbuhan PKS adalah lebih cepat daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

"Ia telah menjadi bidang fokus yang jelas untuk kita, dari segi sumbangan kepada KDNK dan pekerjaan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, Isnin.

Renzo berkata, ECL sebelum ini sebanyak RM250 juta sudah berjaya dibayar kepada kira-kira 400 PKS tempatan, mewakili 40 peratus daripada satu juta PKS berdaftar di Malaysia.

Pemeteraian itu disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak.

Sebelum itu dalam ucapannya, Zafrul berkata, ECL menawarkan pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap syarikat dengan tempoh pinjaman sehingga tujuh tahun. 

"Ia tidak memerlukan cagaran, kelulusan 48 jam dan pembayaran dalam tempoh 24 jam, memberikan syarikat akses lebih cepat dan mudah kepada dana yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu, Zamree berkata, CGC Malaysia kini sedang berbincang dengan rakan ASEAN lain mengenai kemungkinan pinjaman terjamin rentas sempadan untuk PKS.

"Kami berharap untuk membina infrastruktur (dengan rakan ASEAN lain) dan kemudian mendapatkan penyertaan bank seperti CIMB atau Maybank (untuk memberikan pinjaman)," tambahnya.

Dalam ucapannya, Zamree berkata, perkongsian dengan CIMB adalah inisiatif berterusan untuk meningkatkan kerjasama dengan institusi kewangan bagi mewujudkan pilihan pembiayaan untuk PKS melalui skim PG.

"Sejak skim PG diperkenal pada 2009, kami telah memperuntukkan pembiayaan RM4.6 bilion melalui 14 institusi kewangan yang mengambil bahagian," katanya dengan menambah, CGC telah mengeluarkan 437,000 jaminan dan pembiayaan untuk PKS bernilai kira-kira RM59 bilion dalam tempoh 44 tahun lepas. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan