Kad BIG Loyalty AirAsia Untuk Petugas Awam Diperkenal

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 11:39 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: AirAsia Berhad kini memperkenalkan Kad BIG Loyalty AirAsia Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA), satu keahlian eksklusif untuk para petugas awam Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata petugas awam yang terbang menggunakan waran perjalanan kini boleh mengumpul BIG point bila mereka berbelanja pada airasia.com serta rakan dagangnya menerusi kad berkenaan, selain beberapa tawaran eksklusif yang disediakan hanya untuk tetamu WPUA.

"Kami harap semua petugas awam kita yang bekerja keras akan menggunakannya dan nikmati faedah-faedah eksklusif yang disediakan untuk mereka menerusi kad dedikasi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Kad BIG Loyalty AirAsia ini dilancarkan oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersempena acara sulung larian ria, AirAsia WPUA Fun Run, di Taman Botanikal Putrajaya di sini Ahad.

WPUA ialah waran perjalanan disediakan khusus untuk mereka dalam perkhidmatan awam yang menaiki penerbangan atas urusan rasmi.

Antara kelebihan kad tersebut termasuk pilihan Hot Seat, kemudahan bagasi 40kg, makan dan minum dalam penerbangan, perkhidmatan Boarding Ekspres, insuran perjalanan Tune Protect, tempahan hingga tiga jam sebelum berlepas, pertukaran penerbangan komplimentari hingga 24 jam sebelum berlepas dan perkhidmatan kaunter dedikasi di lapangan terbang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kad BIG Loyalty , AirAsia , penjawat awam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan