Sime Darby Rangkul Anugerah 10 Pemaju Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd, cabang hartanah konglomerat Sime Darby Bhd, dipilih menerima anugerah "10 Pemaju Terbaik" pada majlis Anugerah Pemaju Hartanah Berprestij Property Insight 2016 (PIPDA) 2016.

Pengarah Urusan Datuk Ir Jauhari Hamidi menerima anugerah "Personaliti Terbaik".

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Sime Darby Property berkata anugerah berkenaan mengiktiraf syarikat sebagai antara pemaju terbaik dalam negara.

PIPDA menghimpunkan minda terbaik dan mereka di sebalik industri pembangunan hartanah Malaysia, meraikan pemaju yang memenangi anugerah utama dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada negara.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sime Darby , PIPDA , Jauhari Hamidi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan