Boon Siew Honda Sasar Jualan Motosikal 120,000 Sepanjang 2016

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2016 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan motosikal yang lebih tinggi atau sebanyak 120,000 tahun ini berbanding 90,000 buah pada 2015 melalui pelancaran model baharu.

Timbalan Pengerusi dan Timbalan Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tan Hui Jing berkata, selain pelancaran model terbaharu Wave Dash FI, syarikat itu merancang untuk memperkenalkan dua lagi model dalam kategori motorsikal kecil atau Cub pada Jun dan hujung tahun ini.

"Kami mahu menguasai 28 peratus dalam pasaran segmen Cub dan sedang berusaha untuk memenangi semula penguasaan pasaran kami dalam segmen ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Honda Wave Dash FI sini, Jumaat.

Syarikat itu menjangka motosikal baharu itu yang datang dalam tiga varian, iaitu Type S, Type R dan Type-R Edisi Repsol akan menyumbang antara 30 dan 35 peratus kepada jumlah jualan pada tahun ini.

Harga di bilik pameran, masing-masing adalah RM5,299, RM5,549 dan RM5,699.

"Syarikat itu menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 3,500 Wave Dash  FI yang merupakan generasi ketiga dari Honda Wave tahun ini," katanya sambil menambah bahawa permintaan untuk Cub yang lebih bergaya, telah mula diperkenalkan pada 2003, melebihi jangkaan pada tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua jualan dan pegawai pemasaran Boon Siew Honda, Koji Onishi berkata Wave Dash FI adalah edisi terbaharu yang lebih baik yang direka berdasarkan maklum balas pelanggan.

Boon Siew Honda akan terus melancarkan model yang lebih baharu dalam usaha untuk meningkatkan pasaran motosikal dan jualan kenderaan itu di Malaysia amnya.

Beliau ketika bercakap mengenai pasaran motosikal Malaysia pada 2015, berkata, jumlah dagangan industri menjadi lebih rendah disebabkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan termasuk kejatuhan harga komoditi telah menjejaskan kuasa beli pengguna luar bandar.

Jumlah pendaftaran motosikal dalam tempoh April-Disember tahun lepas susut sebanyak 19.22 peratus kepada 261,851 unit daripada 324,180 pada tempoh yang sama tahun lepas, katanya.

Beliau berkata pasaran juga mencatatkan runcit yang lebih perlahan pada bulan Oktober, November dan Disember tahun lepas dengan purata jualan sebanyak  6,600 motosikal sebulan, mencerminkan pasaran yang semakin mengecil disebabkan oleh kelembapan ekonomi.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Boon Siew , Honda , Tan Hui Jing , Wave Dash F1

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan