Boeing Catat Rekod Penyerahan Pesawat Komersial Pada 2015

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Boeing menyerahkan 762 pesawat komersial pada 2015, 39 lebih daripada tahun sebelumnya, dan merupakan angka tertinggi yang pernah dilakukan oleh syarikat itu yang memasuki tahun ke-100 penubuhannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Boeing berkata syarikat itu mencatatkan 768 tempahan bersih bernilai AS$112.4 bilion pada tahun lepas, dan pada akhir 2015,  masih terdapat 5,795 tempahan dari seluruh dunia yang belum dipenuhi.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes Ray Conner berkata syarikat itu mendapat tempahan yang kukuh pada 2015, mengekalkan  tunggakan yang seimbang, yang akan membantu memastikan aliran penghantaran yang lancar pada masa hadapan.

"Kami tidak mampu melaksanakan apa yang kami lakukan pada 2015 tanpa sokongan dan kerja keras pekerja, pembekal, rakan dan masyarakat," kata Conner.

Naib Presiden Pemasaran Boeing Commercial Airplanes Randy Tinseth pula berkata permintaan dari seluruh dunia untuk perjalanan udara terus meningkat dengan pesat.

"Trafik penumpang global di kawasan utama semakin meningkat.

"Pelanggan kami terus menunjukkan prestasi yang baik dalam pasaran dan kami akan terus menyokong mereka dengan produk dan perkhidmatan terbaik dalam industri," kata Tinseth.

Dalam satu kenyataan berasingan, Boeing mengumumkan mengenai perjanjian dengan Air China bagi pembelian tambahan enam jet 777-300ER (Extended Range).

Tempahan itu bernilai lebih AS$2 bilion pada senarai harga semasa, dan akan memperkukuh kumpulan pesawat berangka besar jarak jauh Air China yang kini mahu meluaskan rangkaian antarabangsanya, katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Boeing , Ray Conner , Randy Tinseth

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan