Unit AirAsia Wujud Program MTN Pelbagai Mata Wang Cecah AS$1 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat AirAsia Bhd, AirAsia Global Notes Ltd mewujudkan program nota jangka sederhana (MTN) pelbagai mata wang bernilai AS$1 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata Barclays Bank PLC cawangan Singapura adalah pengatur tunggal dan bersama-sama CIMB Bank (L) Ltd serta RHB Investment Bank Bhd sebagai pengedar bersama program.

"Di bawah program, syarikat mungkin dari semasa ke semasa menerbitkan nota dalam bentuk siri atau tranche dalam mata wang dolar AS atau mata wang lain yang dipersetujui antara syarikat, AirAsia dan pengedar berkaitan," katanya.

Syarikat berkata perolehan bersih yang diraih akan diguna oleh AirAsia untuk tujuan korporat am termasuk, tanpa had, sebagai modal kerja untuk pembiayaan semula hutang AirAsia, membiayai bahagian ekuiti pembiayaan pesawat AirAsia atau peluang-peluang pelaburan syarikat penerbangan lain. --Bernama


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan