AirAsia Sedia Tablet Microsoft Surface Kepada Juruterbang - Niaga | mStar

AirAsia Sedia Tablet Microsoft Surface Kepada Juruterbang

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd merancang untuk menyediakan tablet Microsoft Surface kepada semua juruterbangnya di Malaysia untuk memantau mereka dengan lebih berkesan.

Ketua Operasi Penerbangan (Kejuruteraan) AirAsia Tommy Saputro berkata kumpulan itu dalam proses mengalihkan pemantauan dari pesawat kepada juruterbang yang akan membolehkannya mempunyai maklumat mengenai siapa yang mengendalikan pesawat secara langsung.

"Kami sentiasa mencuba inovasi baru dan bagaimana untuk meningkatkan tugas juruterbang kami dan membawa inovasi untuk mengoptimumkan operasi dan kecekapan kami," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Saputro berkata dengan tablet berkenaan, kumpulan boleh meningkatkan keseluruhan kecekapan dan memastikan standard tertinggi dalam prosedur keselamatan dan operasi.

"Tablet ini dipilih kerana fleksibiliti, keupayaan menyesuaikan diri dan keserasian dengan sistem mereka," katanya.

Saputro berkata selepas melengkapkan juruterbang di Malaysia dengan peranti ini, AirAsia akan memperluaskannya ke operasi di negara lain seperti India dan Filipina.

Tablet Microsoft Surface ini juga digunakan oleh syarikat penerbangan lain termasuk Delta Air Lines, Lufthansa dan Emirates. -- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan