Maxis Tumpu Perkhidmatan Internet Berprestasi Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia, Maxis Bhd berkata ia kini menerajui rangaian 4G negara dengan kekuatan isyarat -98dBmnya sebagai ambang yang ketat bagi memastikan liputan dalam dan luar bangunan yang konsisten dan boleh dipercayai pelanggan.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya hari ini berkata kekuatan isyarat -98dBm itu bersamaan dengan tiga atau empat bar pada telefon semasa di luar bangunan, memberikan pengalaman penerimaan dan penghantaran data yang konsisten dan boleh diharapkan.

"Dengan kekuatan isyarat sebegini, pelanggan boleh mengharapkan sifar 'penimbalan' di YouTube sehingga 96 peratus, mengakses laman sesawang popular dalam masa kurang lapan saat, kelajuan yang konsisten dan pantas serta isyarat yang kuat dalam 24 jam tujuh hari seminggu dengan liputan 4G terluas. 

Ada juga ukuran standard biasa untuk mengukur kekuatan isyarat, -110dBm digunakan oleh syarikat lain, yang bersamaan kepada dua bar pada telefon anda. Apabila isyarat menjadi semakin tidak stabil, ini bermakna penerimaan atau penghantaran data tidak boleh diharapkan, tenggelam-timbul dan lemah baik di luar bangunan ataupun semakin teruk di dalam bangunan," katanya.

Berdasarkan ambang -98dBM, rangkaian berprestasi tinggi 4G Maxis mencapai 62 peratus daripada penduduk Malaysia. 

Pada masa ini sejumlah 2.2 juta orang menikmati kemudahan internet dengan rangkaian 4G berprestasi tinggi Maxis.

Untuk menguji rangkaian 4Gnya sendiri, Maxis menganjurkan cabaran 4G semalam dengan 2,400 tenaga kerjanya bergerak ke seluruh negara untuk melakukan 24,000 penglibatan dengan pelanggan secara keseluruhan.

Maxis juga melibatkan pelanggan untuk berbuat perkara yang sama melalui pelbagai aktviti bagi mereka mengalami perbezaan dalam Maxis 4G. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Maxis , 4G , -98dBm

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan