Amiran Sasar Hasil RM1.2 Bilion Daripada Kontrak Beli Balik Japan's KIS

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amiran Technology Sdn Bhd (Amiran), inkubati di Taman Teknologi Malaysia dijangka menjana hasil RM1.2 bilion dalam tempoh 10 tahun daripada kontrak beli balik dengan Japan's K.I.S. Co Ltd (KIS).

Pengarah Urusannya, Ali Sadiqin Mohamed Noor berkata syarikat itu hari ini memeterai perjanjian teknologi 10 tahun dengan KIS bagi pemasangan siap, pengeluaran dan integrasi 'SynFuel Energy Hybrid Gas Generator' dengan KIS untuk mewujudkan ladang solar hibrid.

"Selain itu, KIS akan menyediakan kontrak beli balik bagi Amiran untuk memasang solar PV dan penjanaan bersama panel solar bagi mereka dalam tempoh 10 tahun. 

"Perjanjian ini dijangka dimeterai pada suku pertama tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian perjanjian teknologi yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Ali Sadiqin berkata syarikat itu yang telah bekerjasama dengan KIS sejak 10 tahun lepas merancang membuka kemudahan pembuatan bernilai RM100 juta untuk memasang panel solar KIS dan ladang solar hibrid bagi kegunaan tempatan tahun depan sebaik sahaja kontrak beli balik dimeterai.

Menurutnya, syarikat itu juga akan mendapat manfaat pindahan teknologi daripada sebuah syarikat yang merupakan antara tiga syarikat utama Jepun bagi modul phovaltaik dan penjanaan bersama panel solar dan menguasai hampir 50 peratus bahagian pasaran di negara itu.

Bagaimanapun, Ali berkata, pembiayaan bagi syarikat tenaga boleh diperbaharui di Malaysia masih merupakan satu halangan besar, sambil menambah Amiran masih berdepan masalah pembiayaan meskipun mendapat jaminan kredit di bawah Dana Pembiayaan Teknologi Hijau. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Amiran , KIS , solar hibrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan