Keuntungan Sebelum Cukai Suku-3 MAHB Meningkat 454 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melonjak 454 peratus kepada RM58.78 juta dalam suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2015, daripada RM10.61 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. 

Hasil meningkat kepada RM1.02 bilion daripada RM675.76 juta sebelumnya.  

Mengenai prestasi syarikat bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September, 2015, Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasannya (EBITDA) meningkat 99.2 peratus kepada RM1.29 bilion daripada RM648.5 juta dalam tempoh yang sama pada 2014.

MAHB dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, peningkatan keuntungan itu adalah hasil daripada pertumbuhan pesat operasi kumpulan di Turki yang mengatasi unjuran pertumbuhan penumpangnya.  

Hasil kumpulan berjumlah RM2.834 bilion bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2015, daripada RM2.632 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2015, turun kepada RM99.75 juta berbanding RM151.859 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.  

Mengenai kajian industri, pengendali lapangan terbang itu berkata prestasi suku ketiga disumbang oleh peningkatan besar pergerakan penumpang terutamanya pada Julai dan Ogos, yang mana merupakan tempoh pergerakan antarabangsa paling tinggi susulan perayaan hari raya dan perjalanan percutian musim panas. 

Mengenai prospek industri, MAHB berkata, dengan kembalinya British Airways dan All Nippon Airways untuk beroperasi semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing pada Mei dan September lepas, menyediakan dinamik tambahan yang diperlukan oleh industri penerbangan di Malaysia. 

Selain itu, Air China turut kembali beroperasi di KLIA pada Oktober selepas terhenti selama tiga tahun.  

"MAHB berharap dapat menyediakan kemudahan sambungan penerbangan yang lebih meluas bagi para penumpang dengan pengenalan semula syarikat-syarikat penerbangan ini kerana mereka menyedari akan peluang pertumbuhan kukuh yang ada dalam pasaran Malaysia.

"Prestasi trafik Istanbul Sabiha Gokcen terus menggalakkan dan dijangka mengakhiri tahun ini dengan pertumbuhan tinggi dua angka dalam jajaran 20 peratus, mengatasi unjuran pertumbuhan 15 peratus bagi tahun ini," kata syarikat itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airports Holdings Bhd , MAHB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan