Kemenangan Berharga Buat Leaderonomics

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peneraju syarikat perusahaan sosial di Malaysia, Leaderonomics, memenangi anugerah emas di atas kecemerlangan dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada majlis berprestij Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2015.

Syarikat subsidiari Kumpulan Media Star itu turut dinamakan Majikan PKS Terbaik 2015 bagi tahun kedua berturut-turut.

Malah, syarikat itu juga memenangi dua anugerah perak di atas kecemerlangan di tempat kerja dan hubungan dengan pekerja.

Dianjurkan oleh majalah sumber manusia dan diadili barisan panel pengarah sumber manusia dari seluruh Asia, Leaderonomics berdiri megah bersama dengan syarikat gergasi seperti UMW, Sime Darby, Media Prima dan British American Tobacco yang memenangi hadiah utama.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Sumber Manusia Leaderonomics, Ang Hui Ming berkata, anugerah untuk amalan CSR bermakna usaha dan pelaburan syarikat itu dalam membangunkan generasi muda kurang bernasib baik untuk menjadi pemimpin membuahkan hasil.

“Leaderonomics adalah salah satu daripada beberapa PKS yang memenangi anugerah dan ini membuktikan PKS juga boleh bersaing dengan industri gergasi apabila membabitkan hubungan dengan pekerja dan menjadi majikan pilihan," katanya.

Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia itu adalah salah satu anugerah terbesar dan paling berprestij dalam Industri Sumber Manusia di Asia.

Anugerah tahunan itu mempertaruhkan 22 kategori untuk direbut yang meliputi pelbagai bidang termasuk perancangan strategik sumber manusia, pengurusan bakat, hubungan dengan pekerja dan kepimpinan pekerja.


Tags / Kata Kunci: Leaderonomis , Kumpulan Media Star

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan