Proton Tingkatkan Pengeluaran Persona

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd kini meningkatkan pengeluaran di samping menambah stok pengedar di seluruh negara untuk kereta sedannya, Persona.

Ini berikutan kenaikan permintaan yang kukuh untuk kereta berkenaan yang pertama kali dilancar pada Ogos 2007.

"Selepas menyaksikan permintaan kukuh untuk kereta buatan tempatan itu berikutan kejatuhan ringgit, kami gembira kerana lebih ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka disebabkan saiznya yang besar,  penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraan yang rendah," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Sejak dilancarkan sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 265,882 unit Persona telah berjaya dijual.

"Segmen kereta sedan itu telah menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dan kumpulan pembeli telah berkembang daripada keluarga tradisional kepada golongan muda dan profesional," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Dipacu enjin Campro IAFM 1.6 liter, Persona boleh diperoleh dalam dua varian, iaitu is Persona Super Value (SV) dan Persona Executive, berharga daripada RM44,658.

Tempoh menunggu untuk Proton Persona, ketika ini adalah satu bulan.

Pelanggan digalak mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton di seluruh negara dan memandu uji kereta berkenaan.

Proton kini menjalankan kempen promosi ulang tahun ke-30 sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Bayaran muka yang rendah untuk kereta Proton terpilih sehingga RM3,000 untuk jualan balik kereta, kadar pembiayaan yang menarik serendah 1.99 peratus serta lanjutan waranti 7 tahun, boleh dinikmati pembeli baharu.


Tags / Kata Kunci: Proton , Persona

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan