Bahan Api Petronas Menang Emas Dalam Anugerah Jenama Putra

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekali lagi, Petronas telah membuktikan menjadi jenama pilihan pengguna dengan memenangi kali keenam berturut-turut  Anugerah Emas Jenama Putra di bawah Kategori Bahan Api Automotif.

Syarikat minyak negara itu, terkenal dengan bahan api Formula Tenaga Maju, turut menang buat kali kedua berturut-turut dalam Kategori Pelincir Automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Petronas Dagangan Bhd (PDB), Ibrahimnuddin Yunus berkata, syarikat itu akan terus menginovasi produk serta memberi kelainan kepada perkhidmatannya.

"Untuk menjadi jenama pilihan utama, PDB akan terus menjadi perintis sebagaimana dibuktikan oleh stesen besar pertama kami pada 2013, stesen petrol mengisi semula layan diri pertama pada 1999, petrol tanpa plumbum pertama Primas pada 1990 dan yang pertama menawarkan bahan api RON 95 di pasaran," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

PDB juga menetapkan penanda aras tinggi dengan menjadi syarikat pertama di Malaysia menawarkan petrol RON 97 patuh 4M Euro di seluruh negara.

Petronas Primax 97 dengan Formula Tenaga Maju yang dipertingkat boleh didapati lebih awal daripada tarikh pelaksanaan yang diwartakan pada 1 September 2015.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Petronas , Anugerah Emas Jenama Putra

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan