suria

Keuntungan Sebelum Cukai Digi Susut

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai DiGi.Com Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun, 2015 susut kepada RM626.35 juta daripada RM673.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan turun kepada RM1.72 bilion daripada RM1.75 bilion sebelum ini.

Hasil sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)agak sederhana kepada RM788 juta berbanding RM795 juta pada setahun sebelum ini, kata DiGi dalam satukenyataan.

Bagi suku di dalam kajian, hasil perkhidmatan meningkat sebanyak 1.3 peratus kepada RM1.59 bilion dari tahun ke tahun daripada RM1.58 bilion, berikutan kesan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta persaingan yang sengit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty, berkata syarikat itu telah membelanjakan lebih daripada RM2.3 bilion sebagai perbelanjaan modal dalam tempoh tiga tahun lepas.

"Selama bertahun-tahun kami telah menyediakan pelaburan yang besar untuk membangunkan rangkaian baharu dan melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi kami di lebih banyak kawasan di seluruh Malaysia, sambil mengekalkan tumpuan kepada kualiti perkhidmatan untuk memastikan lebih ramai pelanggan boleh menikmati pengalaman Internet mudah alih," katanya.

Beliau ketika bercakap mengenai unjuran bagi separuh kedua tahun ini, berkata DiGi akan membina momentum evolusi 4G yang kukuh bagi jangka panjang dengan cita-cita untuk terus berkembang ke lebih banyak kawasan di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai pelanggan menikmati pengalaman kualiti  rangkaian yang baik.

Digi, Cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain