TMJ Pemegang Saham TMC Life Sciences Bhd

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 11:21 AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini pemegang saham bagi pengusaha produk kesihatan, TMC Life Sciences Bhd dengan 7.67 peratus kepentingan atau 133 juta syer.

TMC dikawal taikun Singapura, Peter Lim Eng Hock yang memiliki 70.5 peratus kepentingan syarikat itu.

Saham itu diberikan kepada Tunku Ismail susulan berakhirnya perjanjian jual beli antara Best Blend Sdn Bhd dan TMC.

Sebanyak 70 peratus saham Best Blend dimiliki Eng Hock, manakala TMJ sebanyak 30 peratus.

Terdahulu TMC menyertai perjanjian dengan Best Blend untuk memiliki keseluruhan modal berbayar BB Waterfront Sdn Bhd sebanyak RM400 juta.

BB Waterfront dimiliki Thomas Medical Centre, projek hab perubatan yang terletak di tanah seluas 1.6 hektar di Johor Baru.

Pemilikan itu selesai susulan pengeluaran 533.33 juta saham baharu TMC pada harga awal RM0.75 setiap unit, bersama 266.66 juta dividen percuma.

Hub perubatan itu termasuk pembinaan sebuah hospital yang dinamakan Hospital Iskandariah yang akan dilengkapkan denan pusat perubatan pesakit luar dengan 400 klinik.

Tapak untuk projek hospital berkenaan yang bakal memuatkan 272 katil itu telah diluluskan.

Pada Selasa, TMC menamatkan sesi sahamnya menurun 0.5 sen kepada 55 sen sebanyak 1.41 juta saham.



Tags / Kata Kunci: TMJ , TMC Life Sdn Bhd , Hospital Iskandariah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan