Produk Jenama Julie's Kian Popular Di AS

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Rangkaian produk makanan Perfect Food Sdn Bhd's di bawah jenama Julie's yang dipamerkan di acara New York Fancy Food Show (NYFFS) 2015 yang baharu berakhir, kian mendapat tempat di pasar raya bandar Amerika Syarikat (AS).

Seperti diakui beberapa kajian, pengguna AS secara puratanya tidak lokek berbelanja bukan sahaja untuk barangan keperluan utama seperti makanan dan pakaian, tetapi juga produk berjenama.

Menyedari perubahan selera pengguna AS, syarikat Malaysia, Perfect Food turut menyelaraskan strategi pemasarannya agar menepati kemahuan ramai peminat produk makanan bersumberkan khasiat kesihatan berbanding tradisional yang kaya lemak dan rendah serat.

Seiring aliran di negara Barat, termasuk AS yang juga pasaran terbesar dunia dari segi nilai, syarikat yang berpejabat di Melaka itu memaparkan pelbagai produk berasaskan bijirin oat, sehingga berjaya menarik ramai pengunjung ke gerai Pavilion Malaysia Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di pameran NYFFS berkenaan.

Perfect Food, yang menerima sokongan menerusi kerjasama dengan syarikat coklat terkemuka AS, Hersheys, turut menyifatkan negara maju itu sebagai pasaran yang amat penting bagi produknya.

Pengarahnya, Martin Ang, berkata syarikat itu mengeksport produk ke kira-kira 70 negara dan menyasarkan untuk menembusi pasaran Amerika Utara dan Amerika Selatan.

"Eksport kami lebih banyak bertumpu ke negara Asia Barat dan Asia Tenggara.

Kami turut mewujudkan ejen pengedaran di pantai timur dan barat AS serta di  Hawaii.

"Produk seperti sandwic mentega kacang, sandwic lemon, gulungan Love Letters serta pelbagai biskut kami kian popular dalam kalangan pengguna. Mereka mengenali produk ini di bawah jenama Julie's," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 45 peratus pengeluarannya bertumpukan pasaran Malaysia manakala baki 55 peratus adalah pasaran eksport.

Menurut Ang, aliran yang kian ketara dan sewajarnya dititikberatkan pengeksport makanan Malaysia adalah sikap pengguna AS yang amat mengutamakan  kesihatan.

"Mereka perlu menyesuaikan produk mereka seiring perubahan pengguna di pasaran eksport," katanya.

Pada masa sama, katanya, syarikat Malaysia juga perlu mengutamakan aspek pembungkusan dan boleh menimba pengalaman syarikat AS yang memastikan produk mereka dibungkus menarik untuk kepuasan pembeli.

Apa yang penting adalah inovasi," katanya. -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Julie's , NYFFS , Perfect Food

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan