Najib Saksi MoU Pemindahan Teknologi AMBBR Dari China Kepada UTM

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 8:33 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) menyaksikan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Datuk Ir Dr Wahid Omar dan pencipta teknologi 'Advance Moving Bed Bio Reactor' (AMBBR) Profesor Wang Qing Zhong (dua, kanan) dari China bertukar dokumen selepas memeterai perjanjian pemindahan teknologi itu kepada UTM di Bangunan Perdana Putra, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemindahan Teknologi "Advance Moving Bed Bio Reactor (AMBBR) dari China kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Melalui perjanjian itu, teknologi AMBBR yang dicipta oleh Profesor Wang Qing Zhong dari China akan membolehkan UTM dan Wang memindahkan teknologi AMBBR kepada UTM untuk kerjasama penyelidikan, pembangunan dan komersial.

Skop yang berkaitan termasuk pembangunan loji pandu AMBBR, penyelidikan mengenai pencirian dan pengeluaran 'Diatomic Earth' di Malaysia, pembangunan kapasiti sumber manusia, latihan kepakaran dan pemasaran teknologi terbitan AMBBR.

Perjanjian itu dimeterai antara Pengarah Eksekutif Kyto Water Sdn Bhd, Muhammad Afiq Syazali Ghazali, Naib Canselor UTM Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Wang di pejabat Perdana Menteri di sini, Selasa.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Loo Took Gee. Teknologi itu telah beroperasi secara komersial di China dengan lebih 400 buah loji besar dan sederhana dibina di negara itu.

Teknologi itu boleh menghasilkan kualiti air terawat yang tinggi, tiada masalah bau, sisa yang minimum, kos kapital dan kos operasi yang lebih rendah serta reka bentuknya yang padat.

Sementara itu, Wahid berkata pemindahan teknologi AMBBR akan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK) dan KETTHA, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

"Melalui kolaborasi Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) adalah dijangka menghasilkan harta intelek(IP) baharu dalam tempoh tiga tahun, terutama dalam aplikasi baharu teknologi AMBBR selain untuk rawatan air kumbahan.

"Saya amat positif perjanjian ini akan memberi impak yang besar kepada Malaysia amnya dan UTM, industri air negara dan potensi penjanaan pendapatan dan yang pasti mengorak langkah positif dalam pembentukan hub air dunia di negara ini," katanya.

Selain pasaran di Malaysia, Wahid berkata, negara lain yang menunjukkan minat untuk menggunakan teknologi AMBBR dari Malaysia termasuk India, Indonesia, Sri Lanka, Filipina dan Brazil.

Beliau berkata, RM500,000 geran awal diluluskan UTM untuk menjalankan penyelidikan itu.

Sementara itu, Wang berharap kerjasama ini akan menjadikan Malaysia sebuah hab air berasaskan teknologi ini.

"Kerjasama R and D ini akan menjadikan Malaysia teladan pengurusan sumber air untuk negara-negara lain," katanya. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: AMBBR , UTM , Wang Qing Zhong , China

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan