Program Buku Happy Meal McDonald's Pupuk Minat Membaca, Erat Ikatan Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 7:09 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim (dua, kiri) dan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia Stephen Chew (dua, kanan) sewaktu pelancaran Program Buku Happy Meal, Khamis. Program ini adalah satu platform mengalakkan kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga dan ibu bapa membaca bersama anak-anak mereka. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rangkaian restoran makanan segera McDonald's sekali lagi mendekati masyarakat dengan melancarkan program yang dinamakan Program Buku Happy Meal McDonald's.

Program berbentuk kempen yang mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan memupuk tabiat membaca di kalangan membaca khususnya di kalangan kanak-kanak.

Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Stephen Chew berkata sebagai sebuah restoran keluarga, McDonald's sentiasa komited untuk mempromosikan nilai-nilai positif demi mengukuhkan institusi kekeluargaan.

"Nilai-nilai kekeluargaan menjadi keutamaan kami. Kita tidak mahu ia hilang. Kita mahu semua kanak-kanak membesar dengan nilai-nilai kekeluargaan.

"Manfaat membaca tidak boleh dinafikan lagi. Apabila ibu bapa membaca untuk anak-anak, secara tak langsung hubungan kekeluargaan akan menjadi erat walaupun dalam masa lima hingga 10 minit.

"Sama ada di rumah atau di restoran-restoran kami, membaca dan 'keindahan' buku tidak dapat ditandingi dengan bacaan lain," katanya pada sidang media selepas program tersebut dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abd Karim.

Mengenai program ini, Stephen berkata, buku untuk kanak-kanak yang ditulis oleh penulis tempatan akan disertakan bersama hidangan Happy Meal, set hidangan yang cukup sinonim dengan kanak-kanak.

McDonald's juga akan menyumbang sebanyak 10,000 naskhah buku Happy Meal kepada organisasi kebajikan dan rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia .

SElain itu, pada hujung minggu siri aktiviti berorientasikan keluarga juga akan diadakan.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah pertandingan bercerita, Book Time with Ronald McDonald dan bertemu dengan penulis buku tempatan.

"McDonald's komited untuk menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan buat semua keluarga di restoran-restoran kami.

"Semua kakitangan di restoran kami bersemangat untuk mencipta momen-momen indah dan menyeronokkan, bukan sekadar melalui makanan, tetapi pengalaman McDonald's secara keseluruhannya," kata Stephen.

McDonald's yang mempunyai 35,000 restoran di seluruh dunia merupakan peneraju dalam bidang perkhidmatan peruncitan makanan di peringkat global.

Sejak 33 tahun, McDonald's Malaysia memberi melayani lebih 13.5 juta pelanggan menerusi 268 restoran di seluruh negara.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan