Cypark Sasar 30 Peratus Lonjakan Pendapatan Mulai 2017 Melalui Projek LTM

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 6:03 PM

Daud Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cypark Resources Bhd menyasar 30 peratus lonjakan dalam pendapatan atau lebih kurang RM100 juta setahun bermula 2017 melalui projek sisa kepada tenaga di Ladang Tanah Merah (LTM), Negeri Sembilan.

Cypark Resources merupakan penyedia kejuruteraan dan teknologi bersepadu alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Daud Ahmad, berkata perjanjian konsesi LTM selama 25 tahun dengan kerajaan akan bermula secara rasmi menjelang pertengahan tahun ini, dengan kerja-kerja pembinaan LTM dijangka siap pada 2017.

"Pelbagai proses telah diselesaikan dengan kerajaan dan kami berharap untuk menandatangani perjanjian itu pada pertengahan tahun ini bagi merasmikan perjanjian itu," katanya kepada pemberita semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) syarikat tersebut di sini, Rabu.

LTM, yang pertama seumpamanya, akan menjana pendapatan berulang dan merupakan sebahagian daripada rancangan untuk mengembangkan perniagaan jenis itu, dalam model perniagaan semasa syarikat.

Disebabkan kestabilan sektor tenaga, beliau menjangkakan segmen tenaga dan sisa kepada tenaga boleh diperbaharui syarikat akan berkembang secara progresif.

Cypark Resources secara dasarnya telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membangunkan tapak pelupusan sanitari di LTM. Projek ini akan dilaksanakan melalui kaedah bina-kendali-pindah (B.O.T).

Sementara itu, pada mesyuarat tadi, para pemegang saham bersetuju dengan cadangan Daud untuk meningkatkan pegangan beliau melalui tawaran persendirian dari 7.81 peratus dalam syarikat itu kepada 14.84 peratus.

"Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan berharap agar cadangan itu dapat diselesaikan menjelang suku ketiga ini," katanya.

Syarikat itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM59.92 juta pada suku pertama berakhir 31 Januari 2015, dan secara kumulatif menjana RM237 juta dalam pendapatan bagi tahun kewangan berakhir, 31 Oktober, 2014.


Tags / Kata Kunci: Cypark , Ladang Tanah Merah , Daud Ahmad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan