Empat Syarikat SJJB Bakal Disenarai Di Bursa Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Empat syarikat bumiputera di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) kelolaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Ekuinas bakal disenaraikan di Bursa Malaysia, tahun ini.

Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan/Usahawan Teraju, Megat M Yatim Megat Hamid berkata syarikat berasaskan teknologi maklumat (IT), Sedania Corporation Sdn Bhd, telah mendapat kelulusan sewajarnya dan dijangka disenaraikan pada Jun ini.

"Tiga lagi syarikat masih dalam proses berkaitan untuk disenaraikan," katanya tanpa menamakan syarikat terbabit.

Bercakap kepada media selepas sesi rangkaian bersama Syarikat Bumiputera Berpotensi Tinggi (Teras) di sini, hari ini, Megat M Yatim berkata, Teraju menetapkan tiga kategori iaitu Hijau, Kuning dan Putih yang merujuk kedudukan syarikat-syarikat bumiputera terpilih yang dinilai potensinya untuk disenaraikan.

Kategori Hijau merujuk syarikat yang menepati kriteria untuk disenaraikan seperti nilai pendapatan dua tahun berturut-turut melebihi RM20 juta.

Setakat ini, katanya, terdapat 10 syarikat yang dikenal pasti di bawah kategori itu.

Bagi kategori Kuning, sebanyak 15 syarikat berpendapatan lebih RM10 juta dan berpotensi untuk dibantu bagi mencapai pendapatan minimum RM20 juta untuk tiga tahun berturut-turut.

Sebanyak 15 syarikat dikenal pasti bagi kategori Putih yang biarpun tidak menepati kriteria namun berpotensi dibantu Teraju untuk disenaraikan dalam masa empat hingga lima tahun akan datang, katanya.

Menurut Megat M Yatim, sebanyak 10 syarikat telah disenaraikan di Bursa Malaysia antara 2009 sehingga tahun lepas, dengan modal pasaran keseluruhannya kini berjumlah RM4.904 bilion berbanding modal pasaran RM2.029 bilion ketika mula disenaraikan.

Pada masa ini, Teraju mempunyai 914 Bumiputera yang bernaung di bawah program Teras.

Malah, sebanyak RM2.24 bilion Dana Teras telah disediakan untuk syarikat-syarikat Teras, manakala dana sebanyak RM910.63 juta telah diluluskan kepada 218 syarikat.

Menurutnya, Teraju juga berhasrat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri yang meliputi 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pertanian serta teknologi maklumat dan komunikasi.

"Buat masa ini, kebanyakan usahawan bumiputera hanya bertumpukan bidang pembinaan, minyak dan gas serta pertahanan dan kita mahu melibatkan mereka dalam sektor berimpak tinggi yang lain," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan