KLAS Kendali Perkhidmatan Darat Qatar Airways - Niaga | mStar

KLAS Kendali Perkhidmatan Darat Qatar Airways

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS),  subsidiari DRB-Hicom Bhd, mendapat kontrak menyediakan perkhidmatan pengendalian darat bagi Qatar Airways.

Qatar Airways menyediakan penerbangan terus dari Doha ke Kuala Lumpur sejak November 2001 dan kini mengadakan perkhidmatan tiga kali sehari, beroperasi menggunakan pesawat Boeing 777-300ER serta Airbus A330-200 dan A330-300.

"KLAS telah menyediakan perkhidmatan katering dalam penerbangan kepada Qatar Airways sejak 2001 apabila pertama kali mengadakan penerbangan ke Kuala Lumpur.

Melalui pemberian kontrak pengendalian darat itu, KLAS akan menyediakan perkhidmatan daftar masuk penumpang Qatar Airways serta pengendalian pesawat dan sokongan teknikal," kata Ketua Pegawai Eksekutif KLAS, Mohd Yunus Idris dalam satu kenyataan.

Qatar Airways, anggota perikatan oneworld, menerima anugerah Perikatan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2014 oleh Skytrax dan juga 'Global Launch Customer of the A350 XWB'.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KLAS , DRB-Hicom , Qatar Airways
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan