Zahrah CEO Baharu SSM

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melantik Zahrah Abd Wahab Fenner sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuatkuasa Jumaat.

Zahrah merupakan CEO yang kelima sejak penubuhan suruhanjaya itu.

SSM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Zahrah yang berpengalaman luas dalam bidang perakaunan, komersil dan pensyarikatan, telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Zahrah pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) SSM setelah pembentukan suruhanjaya itu pada 2002 hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan.

"Berdasarkan pengetahuan mendalamnya berkaitan selok-belok pengurusan SSM, Zahrah dilihat akan membawa perubahan yang berbeza selain dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan SSM yang sedia ada," kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: SSM , KPDNKK

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan