suria

Acer Malaysia Lancar Notebook Aspire R14

Acer Aspire R14

KUALA LUMPUR: Acer Malaysia melancarkan Aspire R14, notebook unik boleh ubah dua dalam satu, yang mempunyai reka bentuk engsel dwi-kilas dan boleh dipusingkan 360 darjah.

Dalam satu kenyataan, Acer berkata Aspire R14 hampir sama dengan keluaran terdahulu, Aspire R7, yang membolehkan paparan diubah kepada mod yang berbeza bagi pelbagai keperluan, menjadikan ia lebih mudah digunakan di mana-mana sahaja.

"Beberapa ciri Aspire R14 yang menarik termasuk pad sentuh pelbagai gerak isyarat yang menyokong perubahan paparan skrin secara dua jari dan 'pinch', bagi membolehkan pengalaman pengkomputeran peribadi dan interaksi," kata Acer.

Notebook ini dikuasakan oleh prosesor Intel Core i5 yang lebih lancar dengan Microsoft Windows 8.1, dan 8GB RAM boleh ditingkatkan untuk pengguna yang berminat kepada kapasiti RAM lebih tinggi bagi kelancaran prestasi.

Aspire R14 dilengkapkan dengan satu USB 3.0 dan dua port USB, serta kamera web definisi tinggi Acer Crystal Eye HD yang diiktiraf Skype bagi komunikasi segera global yang lebih jelas dalam kalangan pengguna.

Notebook berwarna perak platinum didatangkan dengan pek empat sel bateri Li-polymer 53Wh 3560mAh 15V dan jaminan pengembara antarabangsa selama setahun serta berharga RM2,499.

Acer, Aspire R14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain