Banjir: BSN Beri Kemudahan Penangguhan Bayaran Pinjaman - Niaga | mStar

Banjir: BSN Beri Kemudahan Penangguhan Bayaran Pinjaman

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memberi penangguhan pembayaran pinjaman atau moratorium kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Penangguhan itu adalah untuk tempoh enam bulan mulai Disember 2014 sehingga Mei 2015, kata BSN dalam kenyataan di sini, Ahad.

Penangguhan itu termasuk pelanggan yang memegang Kad Kredit BSN.

Bagaimanapun, penangguhan itu tidak termasuk pelanggan yang bayaran balik pinjamannya melalui skim potongan gaji.

BSN juga memberi pengecualian sepenuhnya caj ke atas penggantian Buku Akaun, Kad Akaun, Sijil Simpanan Tetap, Sijil Mudharabah, Sijil Murabaha dan semua jenis Kad ATM yang rosak atau hilang akibat banjir.

Bagi memastikan status serta kelayakan menikmati penangguhan pembayaran balik pinjaman, pelanggan yang terjejas disyorkan agar segera ke cawangan BSN di negeri yang terlibat bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Pelanggan BSN juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900.

Tags / Kata Kunci: BSN , kad kredit , mangsa banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan