GST: Unilever Solution Malaysia Dijangka Kekal Harga Produk

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 5:06 PM

Yahya (kanan) menandatangani uniform chef sebagai simbolik perasmian program Akademi Chefmanship Academy anjuran UFSM di Johor Baru, Ahad.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Unilever Food Solutions Malaysia (UFSM) berkemungkinan mengekalkan harga produknya dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April ini.

Pengurus Jualan Nasionalnya Eric Chong berkata syarikat kini meneliti pelaksanaan GST dan berkemungkinan mengkaji semula harga produk bagi menyesuaikan dengan perubahan.

"Kami kini mengkaji trend. Dari segi harga, kami menjangka tidak akan berlaku banyak perubahan, mungkin kekal atau turun sedikit. Sebarang perubahan, kami akan mengumumkannya pada Februari atau Mac," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 'Chefmanship Academy', di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada akan berlaku perubahan harga produk keluarannya berikutan pelaksanaan GST.

Secara umumnya, Chong berkata perubahan trend hanya boleh dilihat selepas enam bulan pelaksanaannya.

"Yang pasti, kami tidak akan mengaut keuntungan berlebihan. Kami tidak akan membuat apa-apa keuntungan selepas GST. Apa sahaja penjimatan, kita akan salurkan kembali kepada pengguna," katanya.

Antara produk makanan Unilever di Malaysia ialah Walls, Lipton, Knorr, Ladys Choice dan Planta.

Di bawah jenama Unilever, terdapat juga produk bukan makanan termasuk Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Ponds, Breeze, Ekonomi Handalan, Sunsilk, Fair  and  Lovely dan Rexona.

Mengenai Chefmanship Academy, Chong berkata kerjasama dengan majlis-majlis perbandaran di seluruh negara akan membolehkan pengendali makanan meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan dan kecekapan mereka seiring dengan usaha negara menggalakkan kebersihan dan penyelesaian makanan yang inovatif dan berorientasikan hasil.

Program berkenaan diperkenalkan tahun lepas dan syarikat berharap dapat mencapai kira-kira 250,000 penjaja seluruh negara, mengajar mereka modul seperti kos pengendalian makanan, bagaimana mengoptimumkan keuntungan dan menyampaikan idea-idea kreatif untuk menghidangkan makanan.

Para peserta juga boleh mendapatkan pandangan dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menambah baik pengendalian makanan, menjimatkan masa, beroperasi secara kos efektif serta perkembangan dan keperluan peraturan terkini industri.

Sementara itu, Ketua Whip Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Yahya Jaafar berkata initiatif berkenaan akan membantu pengusaha makanan menjalankan  operasi mereka dengan lebih sistematik dan cekap.

Tahun lepas, MBJB memeriksa 873 premis makanan dengan hanya 134 digreadkan dalam kategori A, manakala 386 premis sebagai B manakala bakinya C dan D. 

Kira-kira 11,000 pengendali makanan berdaftar dengan MBJB.
Tags / Kata Kunci: Unilever , GST , Eric Chong , Lipton

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan