'CIMB Ultimate Dream' Tawar 3 Unit Kondo Pantai Sentral Park - Niaga | mStar

'CIMB Ultimate Dream' Tawar 3 Unit Kondo Pantai Sentral Park

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CIMB Bank menawarkan tiga unit kondominium mewah di Pantai Sentral Park sebagai hadiah utama bulanan menerusi pertandingan 'CIMB Ultimate Dream' yang bermula hari ini sehingga 28 Februari 2015.

Selain kondominium bernilai lebih RM730,000 seunit itu, pelanggan sedia ada dan baharu CIMB juga berpeluang memenangi tiga unit Inwood Residences di Bukit Kerinchi dan 106 unit iPhone 6.

"Kami memutuskan kempen ini melibatkan pelbagai produk agar boleh disertai semua pelanggan tanpa mengambil kira gaya hidup dan keperluan kewangan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Bank, Renzo Viegas.

Pelanggan layak secara automatik menyertai pertandingan ini dengan hanya mendaftar untuk perkhidmatan atau berbelanja menggunakan produk runcit CIMB Bank atau CIMB Islamic.

Produk terbabit ialah kad kredit/debit, deposit, hartanah, ASB, pembiayaan sewa beli dan pinjaman peribadi, pelaburan pengurusan kekayaan serta insurans dan insurans takaful.

CIMB menyasarkan 300,000 akaun baharu dan nilai jualan lebih RM12 bilion sepanjang kempen.

Pelanggan yang mendaftar serta memenuhi syarat untuk kad kredit baharu, pembiayaan sewa beli atau hartanah sepanjang tempoh kempen juga akan menerima bagasi beroda Valentino Creations bernilai RM830.

Maklumat lanjut mengenai produk dan juga pertandingan itu boleh diakses menerusi laman sesawang www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com.

CIMB Bank merupakan bahagian perbankan pengguna CIMB Group, menawarkan perkhimatan perbankan runcit, komersial dan korporat. 



Tags / Kata Kunci: CIMB , Pantai Sentral Park

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan