Aloft Hotel Raikan Pembukaan Hotel Ke-100 - Niaga | mStar

Aloft Hotel Raikan Pembukaan Hotel Ke-100

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi meraikan pembukaan hotelnya yang ke-100 awal tahun depan, Aloft Hotels telah melancarkan 'Muzik 100 hari' satu inisiatif muzik global mengandungi persembahan 100 artis di 100 hotel Aloft di seluruh dunia, dalam tempoh 100 hari akan datang.

Dalam satu kenyataan, Aloft Hotels berkata, program muzik itu akan membolehkan pelanggan hotel berkongsi keghairahan untuk mencungkil bakat baru yang luar biasa.

"Sebab itu bagi sambutan hotel ke-100 kami, kami perlu mengadakan persembahan, bukan persembahan biasa, tetapi melibatkan setiap hotel Aloft, menghubungkan tetamu dan penduduk tempatan di seluruh dunia melalui kuasa muzik," kata Naib Presiden Specialty Select Brands Starwood, Brian McGuinness.

Starwood Hotels and Resorts adalah satu daripada syarikat hotel terbesar. Ia memiliki, mengendali dan memberi francais dan mengurus hotel di bawah sembilan jenamanya sendiri seperti Aloft, Westin, Sheraton, The Luxury Collection dan W Hotel.

Senarai yang dikemas kini mengenai semua persembahan 'Muzik 100 hari' itu boleh diperolehi di www.LiveAtAloftHotels.com.


Tags / Kata Kunci: Aloft Hotel
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan