Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Halal Fiesta 2014 (Halfest 2014) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan selama lima hari mulai 3 September ini menyasarkan jualan bernilai RM10 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia merupakan peningkatan berbanding RM7 juta yang berjaya dicatatkan pada tahun lepas.

"Ini merupakan fiesta terbesar di Malaysia yang membolehkan bukan hanya produk-produk yang ada kandungan halal dipamerkan. Beberapa komponen yang terlibat bukan hanya dari segi makanan dan minuman tetapi juga kosmetik, alat-alat pembungkusan, perbankan dan busana.

"Saya yakin ia bukan hanya dikunjungi pembeli, penjual dan pedagang dalam negara, malah di peringkat luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Halfest 2014 di sini, Selasa.

Mohd Shafie berkata hampir 700 ruang pameran disediakan bagi usahawan mempromosikan produk mereka.

Katanya kejayaan industri halal meningkat dari semasa ke semasa dan sehingga kini, terdapat 116,000 usahawan terlibat secara langsung dalam pengeluaran produk halal dalam negara yang turut dipasarkan ke luar negara.

"Antara sebab kita berminat untuk sama-sama menganjurkan Halfest ini ialah kita sedar dan yakin bahawa usaha ini boleh membantu kita dalam membangunkan kawasan luar bandar dan usahawan luar bandar.

"Saya ingin melihat kemajuan yang dicapai di luar bandar bukan hanya berbentuk fizikal seperti pembangunan prasarana tetapi juga pembangunan ekonomi usahawan," katanya.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merupakan hos acara itu yang dianjurkan Shapers Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie berkata kementerian akan terus memberi bantuan dan mengenal pasti usahawan luar bandar yang berpotensi untuk dilonjakkan ke pasaran yang lebih luas.

Katanya langkah itu bukan sahaja dapat menambah pendapatan dan membangunkan ekonomi negara, malah meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Halfest

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan