suria

Unit Hua Beli Tanah Di Ipoh

KUALA LUMPUR: Unit Hua Yang Bhd, Agro-Mod Industries Sdn Bhd, menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan B&F Trading Sdn Bhd untuk membeli empat bidang tanah di Ipoh, Perak, dengan harga berjumlah RM25.15 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hua Yang berkata ia akan menggunakan dana dalaman dan/atau pinjaman bank untuk membayar harga tanah itu.

Ia berkata pembelian itu akan memperkukuhkan lagi operasi yang sedang dilaksanakan oleh kumpulan itu dan menambah rangkaian produk baharu kepada tawaran sedia ada.

"Di samping itu, pertumbuhan dan pembangunan bandar raya Ipoh dijangka memberi kesan positif kepada perkembangan kumpulan ini di sana," katanya. 


Unit Hua Yang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain