Perlis Sasar Pelaburan RM10 Bilion Di Lembah Chuping

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menyasarkan untuk menarik pelaburan domestik dan antarabangsa RM10 bilion ke Lembah Chuping yang akan dibangunkan tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (BN-Pauh) berkata usaha menarik pelaburan ke Lembah Chuping sedang giat dilaksanakan dengan bantuan agensi-agensi kerajaan pusat.

Pembangunan Lembah Chuping dijangka menawarkan lebih 16,000 peluang pekerjaan, katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Tambun Tulang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, mengenai hala tuju visi dan wawasannya selama 14 bulan menerajui Perlis.

Katanya dasar, strategi dan pelan tindakan visi 'Perlis Maju 2015' dan 'Perlis Negeri Bandaraya 2030' selari dengan misi nasional seperti Bidang KeberhasilAN Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Rancangan Lima Tahun, Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fiskal Negara (RFN).

"Sejak mengetuai pentadbiran negeri saya berusaha melaksanakan pembaharuan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan antaranya mempercepatkan kelulusan pecah bahagian tanah, menubuhkan Jawatankuasa 1Perlis Bersih yang memantau kebersihan sungai, tali air dan premis perniagaan serta mengamalkan disiplin pengurusan kewangan yang tegas," kata Azlan.

Kepada soalan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping) berhubung tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah penanaman pokok ketum dan penjualan air ketum, Menteri Besar berkata antara usaha dilaksanakan bagi mengekang penanaman pokok ketum adalah mengetatkan syarat pemilikan tanah kerajaan.

Selain itu kertas cadangan untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang menetapkan larangan penanaman pokok ketum sebagai syarat bagi tanah yang ada hak milik sedang disediakan oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri, katanya.

"Kerajaan negeri sedar kesan gejala sosial akibat ketagihan ketum terutama yang membabitkan pelajar kerana tiada undang-undang khusus melarang penanaman ketum.

"Kita prihatin dengan perkara ini dan sebab itu akan terus menyuarakan supaya isu ketum ini diatasi segera," kata Azlan.

Ismail yang mencelah mahu kerajaan bertindak tegas dengan mengenakan denda RM50 bagi sehelai daum ketum. 


Tags / Kata Kunci: Perlis , Chuping

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan