suria

Reach Energy Nilai 10 Aset Berpotensi Untuk Dibeli

KUALA LUMPUR: Reach Energy Bhd yang baharu disenaraikan di Bursa Malaysia, kini dalam proses menilai 10 aset berpotensi untuk diperoleh dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Pengarah Urusan Shahul, Hamid Mohd Ismail berkata, syarikat pengambilalihan tujuan khas (SPAC) itu akan bertumpu kepada bidang hidrokarbon dalam fasa pembangunan dan pengeluaran dengan perkiraan rizab sekurang-kurangnya kategori 2P.

Kategori 2P merujuk kepada terbukti dan kemungkinan ada simpanan minyak dan gas.

"Kami sedang meninjau-ninjau dan keutamaan adalah kepada tujuh negara berdasarkan sistem konsesi dan cukai yang menarik. Aspek geologikal juga menarik kerana Indonesia mempunyai banyak kawasan rizab dan medan yang telah lama matang," katanya.

Kaunter syarikat itu paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia setakat pagi ini.

Setakat 11.26 pagi, kaunter itu merosot 5.0 sen kepada 70 sen dengan 219.99 juta saham bertukar tangan.

Kaunter dibuka pada 72.5 sen bagi diskaun 2.5 sen dengan 11.3 juta saham diniagakan.

Kaunter waran pula dibuka pada 28.5 sen pada harga rujukan 0.5 sen dengan 27.28 juta saham bertukar tangan.

Reach Energy menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM779.17 juta daripada tawaran awam permulaan dengan RM710.62 juta akan diguna bagi memperoleh syarikat atau aset yang disasarkan.

Syarikat itu merancang untuk menggunakan RM42.54 juta sebagai modal kerja dan RM26 juta sebagai perbelanjaan penyenaraian.


Artikel Lain