Exim Bank Kukuhkan Perniagaan Di Asia

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) merancang untuk mengukuhkan perniagaannya di Asia berikutan permintaan yang tinggi terhadap infrastruktur di rantau ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adissadikin Ali, berkata rantau ini merupakan kawasan pilihannya kerana kebanyakan negara yang sedang membangun terletak di sini.

"Infrastruktur diperlukan dalam kaedah yang lebih besar di sini dan Malaysia dikenali bagi pengeksportan keupayaan pembinaan," katanya kepada wakil media yang terpilih baru-baru ini.

Adissadikin berkata bank mula beralih ke Asia dan Asean, terutamanya, sejak dua tahun lalu berikutan ia lebih biasa dengan politik dan risiko perundangan di rantau ini.

Tambahan pula, katanya, bank melihat peluang yang lebih besar di rantau ini, terutamanya dengan hampir dua pertiga daripada populasi dunia terletak di Asia.

"Langkah ini juga munasabah berikutan ia lebih dekat dengan negara kita, menjadikannya lebih mudah untuk memantau kerja kami," katanya.

Adissadikin berkata dari segi pendedahan, 60 peratus daripada perniagaan Exim Bank ialah di Asia and Asean, turut menunjukkan sumbangan pendapatan.

Sementara itu, beliau yakin terhadap prospek tahun ini berikutan bank telah mencapai separuh daripada sasaran agihan bagi 2014 sebanyak RM5 bilion.

Beliau juga yakin bahawa aset pinjaman bank itu akan terus berkembang daripada jumlah semasa RM6 bilion.

"Kami menyasarkan aset pinjaman akan berkembang sebanyak 30 peratus tahun ke tahun tetapi setakat ini, bagi tempoh tiga tahun lalu, ia telah berkembang lebih daripada itu apabila saiz aset kami berkembang dari aspek pinjaman sebanyak 56 peratus tahun lepas sahaja," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Exim Bank

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan