PRM Foods Sasar Jualan RM37 juta

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: PRM Foods & Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat pemprosesan dan pengeluaran beras milik Bumiputera di sini menyasarkan jualannya meningkat kepada RM37 juta sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Ramli Muda berkata, pihaknya yakin dengan sasaran itu berikutan jualannya dalam tempoh enam bulan pertama sudah mencecah RM17 juta.

"Sejak memulakan perniagaan pada tahun 2000, jumlah jualan sentiasa meningkat dan syarikat berhasrat untuk membeli mesin baharu berharga RM1.2 juta untuk meningkatkan lagi pengeluaran.

"Melalui kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, kedudukan kami akan terus kukus sebagai pengilang beras terbesar di Pantai Timur seterusnya melebarkan operasi ke selatan tanah air tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.

Ramli berkata, syarikatnya pernah menerima pinjaman dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebanyak RM50,000 dan geran dari Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

"Melalui bantuan seumpama inilah, syarikat mampu berkembang dengan lebih pantas. Malah, kunjungan pada hari ini juga membolehkan kami bertukar-tukar fikiran agar kami dapat meneroka pasaran lebih besar di dalam dan luar negara," katanya.

Beras yang diproses syarikatnya dengan jenama Era Mas boleh didapati di pasaraya Sabasun di Kuala Terengganu serta rangkaian kedai runcit di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Syarikat itu juga, katanya, mahu mengeluarkan produk bihun untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Fokus ketika ini terarah pada pengeluaran bihun dengan anggaran 150 tan bahan mentah diproses setiap bulan.

"Kilang bihun yang akan memulakan operasi minggu depan juga menggunakan tenaga 45 pekerja, semuanya anak tempatan yang diharap mampu memenuhi permintaan masyarakat Islam, sekali gus mengurangkan kebergantungan kita kepada produk keluaran bukan Islam," katanya.

Selain beras dan bihun, syarikat itu juga mengeluarkan tepung pulut, snek dan tepung ubi kanji sebagai produk sampingan mereka.

Malah dengan perancangan mantap sehingga 2018, syarikat ini memerlukan hampir RM22 juta untuk membuka kilang padi pada awal tahun depan, kilang snek pada 2016 dan kilang tepung kanji pada 2018.

Sementara itu, Roslee berkata, program turun padang itu adalah antara aktiviti untuk menjejak usahawan yang bertujuan mengumpul maklumat bagi memantau dan menilai pencapaian prestasi program pembangunan usahawan di Terengganu.

"Syarikat ini adalah antara beberapa usahawan berprestasi tinggi yang telah kita kenal pasti untuk dibantu bagi menembusi pasaran antarabangsa," katanya.


Tags / Kata Kunci: Smidec , PRM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan