The Capsule by Container Hotel Sasar 4.5 juta Pelanggan

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: The Capsule by Container Hotel di klia2 menyasar sejumlah 4.5 juta pelanggan atau 10 peratus daripada jangkaan 45 juta pengunjung  terminal penerbangan tambang rendah baharu itu tahun ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Zu Container Sdn Bhd Ryan Loo berkata ini susulan kejayaan pelancaran Container Hotel syarikat itu di ibu kota Kuala Lumpur.

"Mengembara suatu yang menyeronokkan. Bagaimanapun tanpa kemudahan yang sesuai untuk menyokongnya, pengalaman perjalanan akan menjadi suatu yang menghampakan.

"Ini terutamanya apabila pengembara transit di lapangan terbang dan terpaksa menunggu lama sebelum penerbangan seterusnya.

"Jadi di sinilah bergunanya hotel kapsul. Ia direka bentuk untuk menyediakan penginapan yang fleksibel, berkualiti tinggi dan tidak mahal bagi pengembara untuk berehat dan menyegarkan diri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan The Capsule bersama rakan kongsinya, Vincent Tan, yang juga Ketua Pegawai Reka Bentuk ZU Container.

The Capsule di klia2 menelan kos RM1.5 juta untuk dibina.

Ia terdiri daripada 79 kapsul dan pakej penginapan ialah bagi tiga jam, enam jam dan 12 jam masing-masing berharga RM45, RM70 dan RM90.

Kapsul itu termasuk kemudahan loker, pancuran, akses lounge, Wi-Fi percuma dan bilik tidur untuk merehatkan diri sebelum penerbangan seterusnya.

Menurut Ryan, pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan khusus pada kadar pilihan, seperti mandi hanya sekali pada harga RM15 atau sewa loker berharga RM20 sehari.

Sementara itu, Vincent berkata idea hotel kapsul itu datang daripada konsep  "Kyosho Jutaku", yang mana dalam bahasa Jepun bermakna tinggal di ruang yang kecil.

"Idea menggunakan ruang tidak digunakan secara komersil merupakan model perniagaan yang telah terbukti berjaya di seluruh dunia.

"Hotel kapsul di seluruh dunia mendapat sambutan baik berdasarkan idea menggunakan sepenuhnya ruang yang ada di sekeliling kita," katanya.

Beliau berkata penggunaan bahan mentah pembinaan yang dikitar semula memastikan kelestarian alam sekitar dan pada masa yang sama membolehkan syarikat itu menyediakan penginapan mampu milik kepada pengembara.

Pengembara boleh menempah lebih awal bilik secara dalam talian atau terus saja datang bagi harga yang sama.

Bersempena dengan pembukaan rasminya, The Capsule by Container Hotel di klia2 mengumumkan kadar istimewa RM9.90 bagi 300 tempahan dalam talian pertama

di www.capsulecontainer.com) sebelum 30 Jun.
Tags / Kata Kunci: The Capsule

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan