Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Wujud 22,000 Kerja

Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 12:33 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ceria bersama peserta pada program 'Purple Walk' dan ramah mesra bersama rakyat sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dataran Menara Condong di Teluk Intan pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (empat, kiri).

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor yang meliputi 233km dengan kos RM5 bilion, akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 22,000 orang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sementara lebih 2,000 tenaga kerja kekal membabitkan pekerja dan pegawai akan turut diwujudkan bagi mengurus lebuh raya itu.

Projek raksasa yang dijangka siap dalam lima tahun membuktikan kemampuan kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pembangunan negara dan kemudahan rakyat, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memecah tanah projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat di Jambatan Teluk Intan-Setiawan, di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Tags / Kata Kunci: Teluk Intan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan