Saham AirAsia Kekal Aktif Dalam Dagangan Awal

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham AirAsia kekal aktif didagangkan di Bursa Malaysia pada awal dagangan pagi Rabu dan meningkat lapan sen kepada RM2.41 pada 10.06 pagi, susulan pengumuman keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan itu berakhir 31, 2014, pada Selasa.

Keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah itu meningkat 33 peratus tahun ke tahun kepada RM139.72 juta dalam tempoh itu, sebahagian besarnya disumbangkan oleh keuntungan tukaran asing ke atas pinjaman.

Bagaimanapun, hasil tidak berubah pada RM1.3 bilion, manakala faktor muatan meningkat dua mata peratus kepada 81 peratus, selari dengan tumpuan syarikat itu ke atas strategi muatan aktif.

Hong Leong Investment Bhd (HLIB) berkata pendapatan teras AirAsia sebanyak RM126.6 juta pada suku pertama 21.9 peratus unjuran HLIB bagi tahun kewangan 2014 (FY14) dan konsensus 18.2 peratus.

"Kami menjangkakan pulangan terus tertekan pada suku kedua sebelum meningkat pada separuh kedua tahun berdasarkan permintaan bermusim yang kukuh," katanya dalam nota kajiannya.

Untuk masa depan, bank pelaburan itu berkata syarikat penerbangan itu akan memperoleh trafik udara yang kukuh ke Malaysia, selari inisiatif kerajaan meningkatkan sektor pelancongan memandangkan AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, disokong nama jenama yang kukuh dan pendapatan sampingan yang kukuh.

Namun, kos bahan api jet, pengukuhan dolar US serta saingan sengit daripada MAS dan Malindo Air, merupakan cabaran besar AirAsia, katanya.

HLIB mengekalkan saranan 'simpan' ke atas AirAsia dengan harga sasaran tidak berubah pada RM2.22.

Sementara itu, RHB Research Institute berkata pendapatan teras RM41.2 syarikat penerbangan itu rendah berbanding unjuran mereka, berikutan kerugian yang dialami sekutu AirAsia.

"Kami menurunkan unjuran pendapatan FY14 sebanyak 53 peratus, namun mengekalkan unjuran pendapatan FY15.

"Pulangan sudah sampai ke paras paling rendah dan mungkin menyaksikan trend peningkatan pada masa depan," katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' namun meningkatkan nilai kepada RM2.78 berasaskan pendapatan FY15.


Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan