India: Mandat Jelas Gerakkan Ekonomi - Niaga | mStar

India: Mandat Jelas Gerakkan Ekonomi

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Selepas tiga dekad, India akan mempunyai pemerintahan parti tunggal buat kali pertamanya, iaitu sebuah bentuk politik sayap kanan yang memberikan mandat jelas bagi kerajaan baharu untuk memulihkan ekonomi ketiga terbesar Asia ini.

Dalam perhitungan muktamad, Parti Bharatiya Janata (Rakyat India) (BJP) memperoleh 282 kerusi dan National Democratic Alliance (NDA) 336 kerusi, manakala Parti Indian National Congress hanya memenangi 44 kerusi dan bersama dengan United Progressive Alliance (UPA) bilangan kerusi berjumlah 59.

Baki 149 kerusi dimenangi oleh parti-parti lain.

"Masalah dalam ekonomi India memang telah diketahui umum sekarang ini. Perbelanjaan yang tinggi bagi kebajikan dan ketiadaan pengurangan subsidi mengakibatkan defisit fiskal yang tinggi, dan ini menyebabkan inflasi yang tinggi dan rumit," kata BNP Paribas.

Kerajaan menganggarkan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) berkembang 4.9 peratus dalam tahun berakhir 31 Mac, lebih tinggi sedikit daripada 4.5 peratus tahun lepas, yang merupakan pertumbuhan paling lembap dalam tempoh sedekad.

Mesej bagi kerajaan baharu ini jelas: gerakkan ekonomi.

Keadaan mandat ini seharusnya banyak membantu NDA, kata cabang penyelidikan bank Perancis itu dalam laporannya yang bertajuk "India's Reagan-Thatcher moment."

Sentimen pelabur pastinya akan meningkat disebabkan ini, katanya.

Kerajaan UPA yang pertama (2004-2009) tidak mampu mengumpul sumber dengan melupuskan sebahagian daripada kepentingan kerajaan dalam perusahaan-perusahaan sektor awam (PSU) kerana ia terpaksa bergantung kepada parti-parti Komunis bagi kelangsungan hidupnya.

Begitu juga, parti peringkat negeri, Trinamool Congress (TMC), menarik balik sokongan terhadap kerajaan UPA yang kedua ekoran isu kenaikan harga bahan api terkawal dan kebenaran bagi penyertaan pelaburan langsung asing dalam perniagaan runcit pelbagai jenama.

BJP tidak menghadapi halangan sedemikian berikutan mandat besar yang diterima dalam demokrasi terbesar di dunia yang terdiri daripada 1.3 bilion penduduk ini.

NDA bebas mengambil keputusan politik yang tidak popular, seperti mengurangkan subsidi dan skim kebajikan sosial.

"Majoriti mutlak BJP ini bererti "bakal" Perdana Menteri, Narendra Modi, bebas untuk melaksanakan dasar-dasar mesra pelaburan dan mencantas subsidi.

"Rekod pencapaian Kerajaan Gujarat ini dalam menyokong pertumbuhan dan menarik pelaburan adalah satu contoh," kata BNP.

Satu lagi tugas penting bagi kerajaan baharu ini ialah memperkemas proses pemberian kelulusan, di peringkat pusat dan negeri, yang bukan sahaja akan mempercepat pelaksanaan projek-projek yang tertangguh, malah juga menggalakkan pelaburan baharu.

Kerajaan baharu ini juga akan ada modal politik untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi yang lama tertangguh, seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan boleh meningkatkan pertumbuhan dengan melaksanakan beberapa projek pelaburan yang tertangguh, kata BNP.

Bagaimanapun, Indeks Pengeluaran Perusahaan (IPP) dan data-data jualan automotif baru-baru ini membayangkan ekonomi masih lemah, dan kemungkinan berlakunya musim tengkujuh yang teruk akibat El-Nino boleh mendatangkan tekanan selanjutnya ke atas pertumbuhan ekonomi.

IPP menguncup 0.5 peratus pada Mac, kali keenam dalam tahun fiskal lalu, kerana pembuatan dan perlombongan masing-masing susut 1.2 peratus dan 0.4 peratus, manakala pengeluaran elektrik meningkat 5.4 peratus.

Inflasi runcit naik ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan kepada 8.59 peratus pada April ekoran kenaikan harga sayur-sayuran dan makanan. 


Tags / Kata Kunci: India
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan