Minyak Dan Gas Malaysia Raih Jualan RM1.27 Bilion di OTC Houston

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas Malaysia menjana jualan sebanyak RM1.27 bilion pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Houston, Amerika Syarikat pada awal bulan ini.

Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), jualan itu dijana daripada 208 mesyuarat perniagaan bersemuka yang diatur oleh agensi penggalakkan perdagangan negara itu.

Persidangan yang berlangsung pada 5 Mei hingga 8 Mei, merupakan platform bagi syarikat-syarikat perkhidmatan dan produk luar pesisir menjalankan perniagaan dan meneroka teknologi baharu dalam industri minyak dan gas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Dzulkifli Mahmud berkata kebanyakan jualan berkenaan diperoleh dalam sektor perkhidmatan termasuk logistik luar pesisir dan sistem perlindungan katodik.

Pavilion Malaysian di OTC Houston melibatkan 25 syarikat yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat minyak dan gas utama Malaysia serta agensi kerajaan.

"Meskipun saiz yang kecil, PKS minyak dan gas Malaysia dapat menunjukkan kelebihan mereka di OTC," katanya.

Dzulkifli berkata syarikat yang lebih kecil perlu bersama-sama membentuk perkongsian dalam kalangan mereka untuk merealisasi ekonomi bidangan yang lebih besar bagi membolehkan mereka berada dalam rantaian bekalan dengan peserta industri yang lebih besar.

Matrade akan terus mempromosikan sektor minyak dan gas ke pasaran dunia dan menyediakan platform untuk PKS yang sedia mengeksport untuk memanfaatkan peluang dalam sektor minyak dan gas, kata Dzulkifli. 


Tags / Kata Kunci: Malaysia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan