Petronas Dagangan Peruntuk RM500 Juta Bagi Capex Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 8:59 PM

Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd akan memperuntukkan RM500 juta bagi perbelanjaan modal (capex) tahun ini untuk meningkatkan rangkaian runcit dan kecekapan operasi. 

Pengerusi, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, capex akan digunakan untuk meningkatkan bilangan stesen minyak, automasi di terminal dan depot gas petroleum cecair (LPG) serta menaik taraf sistem teknologi maklumat.

"Kami sedang mempertimbangkan untuk menambah antara 40 dan 50 stesen minyak tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, Rabu.

Wan Zulkiflee berkata, syarikat turut menekankan keberkesanan rangkaian untuk mengoptimumkan hasil daripada setiap stesen.

Katanya, syarikat akan memperuntukkan RM200 juta bagi anak-anak syarikat perniagaan antarabangsa bagi tempoh dua hingga tiga tahun untuk mengembangkan perniagaan antarabangsa. 

Beliau berkata, teras dalam perniagaan antarabangsa di Filipina, apabila Petronas Dagangan berhasrat untuk melabur dalam lebih banyak aset menjadikan bekalan LPG syarikat itu lebih berdaya saing. 

"Kita mungkin mengkaji untuk melabur dalam terminal atau membuat aturan lain di Filipina," katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, pendapatan Petronas Dagangan meningkat kepada RM32.34 bilion, naik RM2.82 bilion berbanding tahun sebelum ini, dirangsang oleh peningkatan jualan sebanyak 8.5 peratus tahun ke tahun. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Wan Zulkiflee, yang juga Ketua Pegawai Operasi Petronas, berkata kerajaan akan menyemak semula harga gas asli cecair (LNG) secara beransur-ansur sehingga ia menepati harga pasaran untuk membendung ketidakcekapan dalam penggunaan gas.

"Terdapat banyak ketidakcekapan dan penyelewengan di negara ini kerana harga 'tidak realistik' ini.

"Ia (harga LNG) akan capai (harga pasaran) dan pengguna akan perlu menyesuaikan tentang bagaimana mereka menggunakan gas," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan