Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Malaysia mencadangkan agar Australia mengimport lebih banyak buah-buahan dan hasil pertaniannya.

Konsul Besar Malaysia ke sini, Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya, berkata antara buah-buahan yang dibenarkan dibawa masuk ke Australia termasuklah durian sejuk beku (buah durian dan isi durian), isi durian sejuk dan nenas yang minimum pemprosesannya.

"Tetapi terdapat beberapa buah-buahan lain dari Malaysia yang boleh diimport ke sini, seperti rambutan, cempedak, mangga harum manis dan manggis.

"Buah-buahan ini popular di Malaysia dan boleh menjadi popular di sini. Malaysia juga mempunyai banyak buah-buahan tropika yang mengagumkan, yang mungkin disukai warga Australia," kata Mohd Rameez pada satu majlis makan tengah hari di sini, Rabu.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Australia-Malaysia, Victoria dan ditaja oleh firma perakaunan, Pitcher Partners.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Jaminan Makanan Victoria, Peter Walsh.

Mohd Rameez berkata acara memakan durian yang diadakan di sini November lepas mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kira-kira 1,200 orang, termasuk ahli-ahli politik Australia dan Malaysia.

"Kami berharap keadaan ini akan berulang tahun ini bila kami pamerkan buah-buahan Malaysia," kata beliau.

Beliau berkata beliau akan berusaha mendapatkan bantuan Kerajaan Negeri Victoria untuk mengadakan Agro Bazaar di sini, iaitu satu inisiatif Putrajaya untuk memperkenalkan buah-buahan eksotik Malaysia di negara-negara lain di dunia.

Beliau mempelawa warga Australia mengambil bahagian dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang dari 23 November hingga 2 Disember tahun ini.

"MAHA ialah ekspo pertanian terbesar di Asia Tenggara dan ia akan menampilkan demonstrasi, bahan pameran dan kegiatan yang berkisar sekitar teknologi.

"Ia akan menjadi tempat yang hebat bagi peladang-peladang Australia mempamerkan hasil pertanian terbaik mereka, serta berkongsi dan menjual teknologi perladangan mereka kepada peladang Malaysia," tegas beliau.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Australia , Maha

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan