suria

Untung Sebelum Cukai Affin Naik Kepada RM854.2 Juta

KUALA LUMPUR:  Untung sebelum cukai Affin Holdings Bhd naik 3.3 peratus kepada RM854.2 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013 berbanding RM826.7 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Prestasi yang lebih baik itu disebabkan peningkatan pendapatan faedah serta pendapatan perbankan Islam berjumlah RM23.9 juta, pemulihan pinjaman RM19.9 juta dan elaun yang lebih rendah untuk susut nilai RM27.3 juta, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Perolehannya bertambah kepada RM3.03 bilion berbanding RM2.97 bilion sebelum ini.

Untuk suku keempat berakhir 31 Dis 2013, untung sebelum cukai syarikat menokok kepada RM219.4 juta berbanding RM212.2 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Affin berkata, pendapatan untuk suku keempat berakhir pada 31 Dis 2013 naik kepada RM775.04 juta berbanding RM756.2 juta sebelum ini.

Syarikat itu yakin dengan masa depan segmen perbankan pelaburannya berikutan pelbagai peluang dalam pasaran modal daripada pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelbagai koridor ekonomi tempatan yang lain.

untung affin, affin untung

Artikel Berikut

Artikel Lain